BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN    
ARAHAN

1. Semua butiran di Bahagian A, B, C dan D hendaklah diisi.

2. Bahagian E hendaklah dikemukakan mengikut program (bidang dan tahap kemahiran) yang dipohon.

3. Cawangan sesebuah Penyedia Latihan hendaklah mengemukakan borang permohonan secara berasingan.
     
SYARAT PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DENGAN PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN:

1. Syarikat milik warganegara Malaysia.

2. Pemilik Penyedia Latihan telah diperbadankan sebagai Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad.

3. Bidang latihan atau pendidikan adalah objektif perniagaan yang utama dinyatakan di dalam Memorandum Articles of Association.

4. Mempunyai rekod prestasi yang baik bagi tahun-tahun yang lepas dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)(jika ada).

5. Modal berbayar yang dibenarkan
  1. Modal berbayar RM 100,000.00 untuk 1 hingga 3 program.
  2. Modal berbayar RM 150,000.00 untuk 4 hingga 8 program.
  3. Modal berbayar RM 200,000.00 untuk lebih dari 8 program.

6. Tambahan modal berbayar bagi setiap cawangan (jika ada)
  1. RM 50,000.00 untuk 1 hingga 3 program.
  2. RM 100,000.00 untuk 4 hingga 8 program.
  3. RM 200,000.00 untuk lebih daripada 8 program.

7. Penyedia Latihan mempunyai pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

8. Menawarkan program sijil kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK atau MQA.
Bantuan    
Manual Pengguna

GUEST